Memaparkan catatan dengan label Buletin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buletin. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 14, 2010

Program Gerak Gempur ICT SK Palong 8

Pada 13 Oktober 2010, hari rabu, Fasilitator Schoolnet Daerah Jempol dan Jelebu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Palong 8 (F) telah mengadakan Program Gerak Gempur ICT. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid, guru-guru serta komuniti berkaitan dengan dunia teknologi maklumat. Program ini juga merupakan salah satu cara menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan pengunaan jalur lebar dikalangan rakyat malaysia.
  Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang dan melibatkan semua warga SKP 8 serta komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • 2 slot ceramah bertajuk 'Kepentingan ICT pada masa hadapan' dan 'Pengenalan kepada perkakasan komputer dan cara pemasangannya'
  • Latihan dalam kumpulan (LDK)
  • Pertandingan Melabel Komponen Komputer
  • Pertandingan Inforace ICT
  • Pertandingan Teka Silang Kata
  • Pertandingan Mencari Perkataan (WordSearch)
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Menaip Terpantas
Selain itu terdapat juga booth - booth daripada pihak fasilitator dan juga agensi luar. Antara booth yang diadakan ialah :
  • Booth kedai buku - menjual pelbagai jenis buku dan bahan bacaan kanak-kanak
  • Booth TM Net - pendaftaran talian streamyx yang menawarkan netbook percuma
  • Booth Pusat Jalur Lebar Komuniti - Pameran dan promosi ICT
  • Booth Keselamatan Komputer - Khidmat nasihat berkaitan keselamatan ICT
  • Booth Pusat Kegiatan Guru Rompin - menawarkan info-info pendidikan terkini.
  • Booth Permainan ICT - menawarkan pelbagai permainan menarik berkaitan ICT
  • Booth Penyelenggaraan Komputer - Khidmat membaiki dan servis komputer.
Semoga dengan program sebegini mampu mempertingkatkan tahap pencapaian ICT para pelajar serta komuniti setempat.

Gambar-gambar boleh didapati di ruangan galeri

Ahad, Ogos 15, 2010

Sambutan Bulan Pusat Sumber 2010

Bulan Pusat Sumber kembali lagi!!!!.. 

Pelbagai program menarik telah dirangka untuk memeriahkan lagi sambutan bulan pusat sumber 2010 bermula dari 6 Julai hingga 24 Julai 2010. 
Bulan Pusat Sumbermerupakan satu program integrasi maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu serta gemar membaca.
Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah :
 Acara Murid
  1. Pertandingan Mewarna
  2. Pertandingan Buku skrap
  3. Pertandingan Sajak
  4. Pertandingan Menghias logo 1 Malaysia
  5. Teka Silang Kata
 Acara Guru
  1. Pertandingan Gubahan
  2. Pertandingan Mewarna  
 Gambar boleh didapati di Galeri

Khamis, Februari 04, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2010

Bulan Bahasa Melayu telah dilancarkan pada 1 Feb yang lalu..
Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang bulan ini...

SELAMAT DATANG 2010!!

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIRANCANG DAN AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2010.....

TUNGGUUUUU...

Selasa, November 03, 2009

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Minggu peperiksaan akhir tahun 2009 telah bermula Selasa 03 November 2009 dan akan berakhir pada 06 November 2009..

Selamat Berjaya kepada semua....

Rabu, Oktober 14, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah

Bulan Oktober ini adalah Bulan Bahasa Kebangsaan pada peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan ini. Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dinyanyikan pada setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober.


LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Selasa, Oktober 06, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Palong 8(f) telah diadakan pada 01 Oktober 2009. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi JKKK Felda Palong 8 iaitu En Musa. Majlis Jamuan Perpisahan Tn Hj Razali b Saadan juga telah diadakan pada hari yang sama. Majlis Jamuan Hari Raya telah diserikan lagi dengan persembahan lagu raya dari murid Tahun 6 SK Palong 8(f).

Rabu, September 23, 2009

KEMUNCAK BULAN KEMERDEKAAN







Aktiviti Bulan Kemerdekaan sampai ke kemuncaknya pada 17 September 2009. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar baru SK Palong8(f) iaitu Tn Hj Azami b Yusop. Mantan Guru Besar SK Palong 8(f), Tn Hj Razali b Saadan hadir bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut.

Penyampaian hadiah dan kemuncak pertandingan telah berlansung pada majlis yang cukup meriah dan muhibbah... Bersesuaian dengan temanya 1Malaysia...

Jumaat, September 04, 2009

UPSR

Selamat maju jaya di ucapkan kepada seluruh pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR bermula 9 OGOS ini...

Semoga berkat usaha akan diberkati...

Daripada: WARGA PSS SK PALONG8(F)

Ahad, Ogos 30, 2009

Bulan Kemerdekaan 2009

Sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, PSS SK Palong 8(F) telah bekerjasama dengan Kelab Rukun Negara untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Jalur Gemilang telah dikibarkan disekeliling sekolah.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan pertandingan yang akan dijalankan sempena bulan kemerdekaan ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu sebelum cuti ialah:
  1. Pertandingan Mewarna Merdeka.
  2. Kuiz Merdeka ria
  3. Pertandingan Melukis Poster yang bertajuk 1 Malaysia..

Aktiviti yang sedang berlansung sepanjang bulan kemerdekaan adalah Keceriaan Kelas Merdeka. Terdapat beberapa kelas yang telah digantung dengan pelbagai saiz bendera negeri - negeri di Malaysia.

..... Tunggu untuk berita selanjutnya...............

Khamis, Ogos 13, 2009

Penggredan PSS Sekolah

Pada 12 Ogos 2009...

PSS SK Palong8 telah didatangi oleh wakil PKG Rompin untuk penggredan PSS...
Harap - harapnya biarlah A lagi!!!


Selasa, Ogos 11, 2009

Gambar sekitar minggu PSS....



PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Pertandingan melukis poster dibuka kepada semua pelajar tahap 2...
Jom lihat poster yang perlu disiapkan.......

Poster hasil tangan Cikgu Fazle...


Berikut adalah gambar - gambar yang sempat di ambil ketika pertandingan berlangsung....

Pertandingan Mewarna Tahap 1...

Pertandingan mewarna diadakan bagi memenuhi aktiviti Minggu PSS bagi tahap 1. Pertandingan ini telah dibahagikan mengikut kelas bermula dari Pra sekolah, tahun 1, 2, dan tahun 3. Setiap peserta yang mahu memasuki pertandingan perlu membeli gambar yang hendak diwarna dengan harga RM0.10.... Sambutan amatlah menggalakkan dan tidak dijangka sedemikian....

Hasil Kerja Pelajar yang memenangi pertandingan mewarna....







Rabu, Ogos 05, 2009

PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK..

Sempena pelancaran minggu PSS, pertandingan mendeklamasikan sajak telah diadakan pada hari Isnin (27 Julai 2009) di tapak perhimpunan. Pertandingan ini telah disertai oleh wakil - wakil kelas tahap 2.. Seramai 8 orang peserta telah menunjukkan bakat mereka dalam mendeklamasikan sajak..

Hakim yang berwibawa telah dilantik dan menjalankan tugas mereka dengan cemerlang! Ketua Hakim ppada pertandingan ini ialah Cik Zarila Janai. Hakim yang terlibat adalah Ustaz Zainurul dan Pn Norazrina..

Berikut adalah diantara gambar - gambar yang sempat di ambil pada hari pertandingan tersebut.


Pemenang 1 tempat ke2 tempat ke3


Peserta lain yang menunjukkan bakat...




Selasa, Ogos 04, 2009

Minggu PSS...2009

Minggu PSS merupakan satu langkah mempromosi dan menggalakkan murid - murid menggunakan PSS dengan semaksimumnya. Minggu PSS juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid terhadap kepentingan dan matlamat PSS yang sebenarnya.

Objektif Minggu PSS
  1. Mencungkil bakat murid dalam pelbagai bidang seperti penulisan, seni lukis dan mendeklamasikan sajak.
  2. Mengetahui pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat, mengolah dan mentafsir maklumat, mengasah minda, serta mengembangkan bakat..

Rabu, Julai 22, 2009

Makmal Komputer

Makmal Komputer ini dibina pada tahun 2005.. Mempunyai 22 buah komputer (termasuk komputer server dan guru). Dilengkapkan dengan pencetak dan juga pengimbas...

Tahun Julai 2009, Makmal Komputer telah mempunyai Juruteknik sendiri iaitu En Norkhairul Ezuan bin Mohd Nor.

Jumaat, Julai 17, 2009

Minggu Pusat Sumber Sekolah Tahun 2009...

Minggu Pusat Sumber Sekolah akan kembali lagi.......

Nantikan kemuculan pelbagai aktiviti - aktiviti yang menarik pada minggu tersebut.....

Selasa, Julai 14, 2009

Minggu Ujian Bulanan...

Bermula hari Selasa (14 Julai ) sehingga Jumaat (17 Julai) para pelajar akan menghadapi ujian bulanan kecuali bagi pelajar tahun 6. Pada minggu ujian, PSS sekolah akan di buka seperti biasa dan kedatangan murid adalah sangat menggalakkan berbanding hari - hari biasa. Murid menggunakan peluang untuk meminjam lebih banyak bahan rujukan di PSS walaupun bahan rujukan yang ada adalah terhad.. Diharapkan PSS dapat membantu murid di sekolah ini menambahkan pengetahuan dan seterusnya membantu mereka dalam peperiksaan..

Khamis, Julai 09, 2009

Latihan Kebakaran Sekolah

Latihan Kebakaran Sekolah telah diadakan pada jam 11.45 pagi, hari Khamis 9 Julai 2009. Di uruskan oleh Jawatankuasa Bertindak Keselamatan Sekolah. Pelajar yang berada di Pusat Sumber Sekolah yang berada di tingkat atas blok A telah dapat 'menyelamatkan' diri mereka dengan hanya mengambil masa 1 minit 30 saat..
Tahniah diucapkan kepada semua!!
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template